PESANANKU UNTUKMU!
"~Jαngαn mαlu untuk menulis tentαng Islαm wαlαupun sepotong αyαt.~
the journey of muslimah: Lambaian Tanah Suci ..

islamic widget


Wednesday, 5 June 2013

Lambaian Tanah Suci ..

Assalamualaikum w.b.t ..


PERJALANAN mengerjakan haji atau umrah ke Tanah Suci tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi di dunia ini. Bukan saja kerana buminya yang penuh berkat atau di sana ada Baitullah dan bersemadinya jasad Rasulullah SAW, tetapi kerana ia pengembaraan kerohanian. Insyallah jika kita berkemampuan akan sampai ke Tanah Suci tu .. ^__^


Menjadi tetamu Allah, doanya dimakbulkan , dosanya diampuni ..
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda : "Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan SYURGA." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kali ini kisah seorang sahabat yang menerima panggilan dari Allah untuk ke Tanah Suci. Terima Kasih Nurulafiqah (ika), izinkan sahabatmu menulis tentang perjalanan ke Tanah Suci.




Sahabat (ika) sewaktu ditanah suci .. 




Honestly, kisah yang diceritakan sendiri oleh sahabat.. Sebelum ke tanah suci , waktu itu ika dapat panggilandari mak, dikatakan lagi 2 minggu ika akan ke tanah suci. Tetapi ika telah ditipu oleh sebuah travel agency tu, dahlah hbs
duit kena kebas, tu satu dugaanlah tpi ika still malas nak ambil taw sgt tw sbb ika mcm tak bsedia lg nk pergi umrah.. Tapi lama-kelamaan tu jd mcm kalot sikit time tu tgh cuti sem tu hari ika rasa diri ika kosong taw lps tu masalah family datang then macam2lah. Then ika buat solat taubat malam-malam ika renungkan semula pasal benda silam dlm diri. Ika tanya dalam diri (KENAPA AKU BOLEH CAKAP TAK BERSEDIA NAK PERGI RUMAH ALLAH..??) Padahal Allah dah panggil untuk ke sana. Fikir2kan balik bukan senang orang nak dapat ke sana ..


Tenangkan hati walaupun hanya melihat.. 

Lepas seminggu cuti sem, ika mimpi satu family ika semua pergi Makkah. Seronok sangat dorang. Lepas tu, Ika mimpi Taman Raudah dalam Masjid Nabawi.. Dekat taman tu wangi sangat dengan karpet hijau bukan karpet merah.. Keesokan malamnya ika mimpi lagi, ika pergi tawaf kt kaabah then ika pegang kaabah tu, dalam hati ika ada satu rahsia yang nak sangat ika taw, sayu sangat hati time tu.. Ika menangis sujud dekat hjlr Ismail. Setiap mimpi tu dtg ika mesti terbangun dari tidur dan sejah ika mesti jatuh dari tempat penyidai. Ika pun cerita pada mak dan ayah pasal mimpi tu. Mak ayah ika kata berdoa, satu hari nanti pasti ada rezeki, ada hikmah mimpi macam tu.. Allah Maha Petunjuk. Masa tu rasa diri nie mcm tak bermakna langsung taw. Tak taw knp ..??  Tuptup ayh ika kata pd ika 19 Mei 2013 nie kita pergi umrah.
Wowwww !! suprise laaa , macam tak percaya . Alhamdulillah ...

Masa tu nak solat pun dah tak lengah2kn lagi, masuk jek waktu terus solat.. Rasa semangat sangat. Mula daripada hati tu ika buka buku umrah, Ika baca walaupun tak faham. Ika tak taw nk tanya siapa, ayah ika pun busy dengan kerja, ika baca dan terus baca tapi tetap tak faham, ika menangis taw, knp jahil sangat tntg nie. Kosong otak nie pasal umrah, kalau tentang bab niat ika taw lah.

Then ika pergi masjid dekat sebelah danga city mall tu lah setiap hari ahad.. haha jauh tak pergi menuntut dari pontian ulang alik pasal nk taw tntg umrah. Tapi ika masih tak taw, ika pun rasa kosong lagi, sbb ustaz ajar perkara basic jek.. Then cerita pasal rukun umrah, tapi hati ika tak puas taw, ika nk taw lebih mendalam lagi. Ika buka kt youtube , tapi rasa malas pula nk tengok.. hehe masa nk pergi umrah dah dekat, last2 ika berserah jek.

Tiba 19 Mei 2013, ika rasa takut sangat nak pergi tapi depan mak ayah buat2 tak ada pape lah, perasaan tu cuma nak taw apa yang ada dalam kaabah.. ?? Ika fikir macam tu jek , selebihnya ika redha dan ika pergi dengan ayah dan adik perempuan. Alhamdulillah masa dalam perjalanan nak pergi daripada darat hingga ke udara tiada halagan langsung.. Cuma yang jadi susah masa nak solat dalam kapal terbang.. Tempat duduk rapat tu yang susah.. Hahh masa nie mrungut taw solat lagi dan adik ika kat sebelah muntah2 (mabuk udara ea) hehe .. 



NANTIKAN SAMBUNGANnye yee .. hehe ^_^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved thebeautyofhawa.blogspot.com