ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Setelah 2 minggu masuk semester 5 (akhir), sekarang baru dapat luangkan masa dengan entri baru.. Kali ini kisah Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha ... apakah disebalik kisah mereka.. nak taw !! Luangkan masa untuk membaca ye .. ^^
Doa rindu dari jauh seperti doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha ^^
Mungkin akan sampai jika dengan izin Allah walaupun dari jauh dan dalam diam .. ^__^ Insyallah ..

Setelah 2 minggu masuk semester 5 (akhir), sekarang baru dapat luangkan masa dengan entri baru.. Kali ini kisah Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha ... apakah disebalik kisah mereka.. nak taw !! Luangkan masa untuk membaca ye .. ^^
Doa rindu dari jauh seperti doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha ^^
Mungkin akan sampai jika dengan izin Allah walaupun dari jauh dan dalam diam .. ^__^ Insyallah ..
"Ya ALLAH, sampaikanlah salam rinduku kepada ... (nama penuh orang yang kita rindu) sehingga menjadi kerinduannya... Aminn .. "
Ketika cinta kini hadir di dalam hati, Mohon Allah SWT izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNya atau hanya mengundang murkaNya.. Jika benar cinta itu kerana ALLAH, maka biarkanlah ia mengalir di jalan ALLAH..
Rindu yang dihiasi dengan IMAN dan TAQWA akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.. wahhh ayat petang ini .. ^^
Menghayati kisah Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha yang telah membawa kita ke dunia cinta yang penuh keajaiban dengan IZIN ALLAH SWT .. ^^
Kisah cinta yang bermula dengan NAFSU akhirnya membawa kepada KETULUSAN JIWA.. Sahabat sekalian mesti ingin merasa cinta, dan pasti mahu menikmati cinta seperti Zulaikha, (derita dan sengsara menanggung rindu dan kesalan yang membelenggu) Zulaikha menggapai jua Kasih Allah yang Maha Luas.
Selidiklah kisah indah ini dalam Surah Yusuf (baca & hayati Al-Quran). Sungguh Zulaikha hanya seorang wanita bangsawan yang memerangkap Yusuf dalam FITNAH .. Zulaikha hanyalah wanita yang mengharap cinta kerana terpesona dengan indahnya wajah dan fizikal Yusuf. (Maha Suci Allah yang mencipta makhluk seindah Nabi Yusuf) yang pasti tiada wanita yang sanggup menahan diri untuk mendekatinya..
Itulah kisahnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmanya.. Allah itu memiliki hikmah yang besar, yang tidak tersingkap oleh kata malah kita hambaNYA yang serba kekurangan..
Apakah cinta Zulaikha itu suci.. ? Jika hanya dari al-Quran kita mengerti betapa keinginan Zulaikha tidak kesampaian, malahan menghantar kekasihnya ke penjara, namun dari kisah-kisah yang terukir, Zulaikha bukan sahaja memeluk indah kasih Yusuf, bahkan menggapai ketinggian CINTA ILAHI .. ALLAHURABBI ... ^__^ so sweet ..
Dari kisah ini Allah meminta kita agar menerima pengajaran, betapa mulia cinta yang diredha Allah walaupun dalam diam.. Jadi JAUHKAN DIRI kita dari godaan nafsu dan bisikan syaitan.. ALLAH Maha sempurna dan Lengkap..
Pada sahabat yang telah diberi Taufiq hidayah, menujulah kalian ke jalan yang boleh mengangkat lagi martabat kita dimasa akan datang dan pertingkatkanlah iman dan taqwa.. Dan sesungguhnya Allah itu, Maha Berkuasa tiada cacat cela dan zat yang begitu sempurna.
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang permpuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA. " (QS. An Nuur: 32)
- Bukan kerana membenci hadirnya , tetapi menjaga kesuciannya, bukan kerana menghindari dunia , tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
- Kerana hadirmu tiada mampu menjauhkan dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. Kerana mungkin membawa kelalaian hati- hati yang terjaga..
- Memupuknya hanya dengan menambah penderitaan.. Menumbuhkan harapan yang hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..
- Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Ali Talib diingini oleh hati.. Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..... ??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)
Hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada yang Memberi dan Memilikinya .. BiarkanDIA yang mengatur semuanya sehingga keindahan itu datang pada waktunya .. ^^



No comments:
Post a Comment