PESANANKU UNTUKMU!
"~Jαngαn mαlu untuk menulis tentαng Islαm wαlαupun sepotong αyαt.~
the journey of muslimah

islamic widget


Tuesday, 16 July 2013

BULAN RAMADHAN ,..


BULAN RAMADHAN

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
B
ulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.
            Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah."
Surah Al-Baqarah : 185.
Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:
'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan
dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih)
kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya
nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, 
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi  Allah 
daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)
Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya keranaKU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) keranaKU. Puasa adalah untukKU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untukKU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untukKU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)
Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)


Sebar-sebarkanlah risalah ini. Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan
memperoleh pahala (sama) seperti pelakunya ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Baihaqi
dan at-Thabrani daripada Ibnu Mas’ud al-Badri r.a)

Friday, 21 June 2013

Bercinta dalam DIAM ..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Setelah 2 minggu masuk semester 5 (akhir), sekarang baru dapat luangkan masa dengan entri baru..  Kali ini kisah Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha ... apakah disebalik kisah mereka.. nak taw !! Luangkan masa untuk membaca ye .. ^^














Doa rindu dari jauh seperti doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha ^^
Mungkin akan sampai jika dengan izin Allah walaupun dari jauh dan dalam diam .. ^__^ Insyallah ..

"Ya ALLAH, sampaikanlah salam rinduku kepada ... (nama penuh orang yang kita rindu) sehingga menjadi kerinduannya... Aminn .. "

:h:Dihati ini  ... hanya ALLAH yang Tahu .. :h:


Ketika cinta kini hadir di dalam hati, Mohon Allah SWT izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNya atau hanya mengundang murkaNya.. Jika benar cinta itu kerana ALLAH, maka biarkanlah ia mengalir di jalan ALLAH..

Rindu yang dihiasi dengan IMAN dan TAQWA akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.. wahhh ayat petang ini .. ^^

Menghayati kisah Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha yang telah membawa kita ke dunia cinta yang penuh keajaiban dengan IZIN ALLAH SWT .. ^^
Kisah cinta yang bermula dengan NAFSU akhirnya membawa kepada KETULUSAN JIWA.. Sahabat sekalian mesti ingin merasa cinta, dan pasti mahu menikmati cinta seperti Zulaikha, (derita dan sengsara menanggung rindu dan kesalan yang membelenggu) Zulaikha menggapai jua Kasih Allah yang Maha Luas.

Selidiklah kisah indah ini dalam Surah Yusuf (baca & hayati Al-Quran). Sungguh Zulaikha hanya seorang wanita bangsawan yang memerangkap Yusuf dalam FITNAH .. Zulaikha hanyalah wanita yang mengharap cinta kerana terpesona dengan indahnya wajah dan fizikal Yusuf. (Maha Suci Allah yang mencipta makhluk seindah Nabi Yusuf) yang pasti tiada wanita yang sanggup menahan diri untuk mendekatinya..

Itulah kisahnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmanya.. Allah itu memiliki hikmah yang besar, yang tidak tersingkap oleh kata malah kita hambaNYA yang serba kekurangan..

Apakah cinta Zulaikha itu suci.. ? Jika hanya dari al-Quran kita mengerti betapa keinginan Zulaikha tidak kesampaian, malahan menghantar kekasihnya ke penjara, namun dari kisah-kisah yang terukir, Zulaikha bukan sahaja memeluk indah kasih Yusuf, bahkan menggapai ketinggian CINTA ILAHI .. ALLAHURABBI ... ^__^ so sweet .. 


Dari kisah ini Allah meminta kita agar menerima pengajaran, betapa mulia cinta yang diredha Allah walaupun dalam diam.. Jadi JAUHKAN DIRI kita dari godaan nafsu dan bisikan syaitan.. ALLAH Maha sempurna dan Lengkap..

Pada sahabat yang telah diberi Taufiq hidayah, menujulah kalian ke jalan yang boleh mengangkat lagi martabat kita dimasa akan datang dan pertingkatkanlah iman dan taqwa.. Dan sesungguhnya Allah itu, Maha Berkuasa tiada cacat cela dan zat yang begitu sempurna. 


" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang permpuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA. " (QS. An Nuur: 32)





:n:Cukup cintai dia dalam diam
  • Bukan kerana membenci hadirnya , tetapi menjaga kesuciannya, bukan kerana menghindari dunia , tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

:n:Cukup cintai dia dari kejauhan
  • Kerana hadirmu tiada mampu menjauhkan dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. Kerana mungkin membawa kelalaian hati- hati yang terjaga..


:n: Cukup cintai dia dengan kesederhanaan
  • Memupuknya hanya dengan menambah penderitaan.. Menumbuhkan harapan yang hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

:n: Maka cintailah dia dengan keikhlasan
  • Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Ali Talib diingini oleh hati.. Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..... ??

PILIHAN ALLAH SWT ITU YANG TERBAIK .. :n::n:
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada yang Memberi dan Memilikinya .. BiarkanDIA yang mengatur semuanya sehingga keindahan itu datang pada waktunya .. ^^

Wednesday, 5 June 2013

Lambaian Tanah Suci ..

Assalamualaikum w.b.t ..


PERJALANAN mengerjakan haji atau umrah ke Tanah Suci tidak sama dengan perjalanan ke mana-mana destinasi di dunia ini. Bukan saja kerana buminya yang penuh berkat atau di sana ada Baitullah dan bersemadinya jasad Rasulullah SAW, tetapi kerana ia pengembaraan kerohanian. Insyallah jika kita berkemampuan akan sampai ke Tanah Suci tu .. ^__^


Menjadi tetamu Allah, doanya dimakbulkan , dosanya diampuni ..
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda : "Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan SYURGA." 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kali ini kisah seorang sahabat yang menerima panggilan dari Allah untuk ke Tanah Suci. Terima Kasih Nurulafiqah (ika), izinkan sahabatmu menulis tentang perjalanan ke Tanah Suci.




Sahabat (ika) sewaktu ditanah suci .. 




Honestly, kisah yang diceritakan sendiri oleh sahabat.. Sebelum ke tanah suci , waktu itu ika dapat panggilandari mak, dikatakan lagi 2 minggu ika akan ke tanah suci. Tetapi ika telah ditipu oleh sebuah travel agency tu, dahlah hbs
duit kena kebas, tu satu dugaanlah tpi ika still malas nak ambil taw sgt tw sbb ika mcm tak bsedia lg nk pergi umrah.. Tapi lama-kelamaan tu jd mcm kalot sikit time tu tgh cuti sem tu hari ika rasa diri ika kosong taw lps tu masalah family datang then macam2lah. Then ika buat solat taubat malam-malam ika renungkan semula pasal benda silam dlm diri. Ika tanya dalam diri (KENAPA AKU BOLEH CAKAP TAK BERSEDIA NAK PERGI RUMAH ALLAH..??) Padahal Allah dah panggil untuk ke sana. Fikir2kan balik bukan senang orang nak dapat ke sana ..


Tenangkan hati walaupun hanya melihat.. 

Lepas seminggu cuti sem, ika mimpi satu family ika semua pergi Makkah. Seronok sangat dorang. Lepas tu, Ika mimpi Taman Raudah dalam Masjid Nabawi.. Dekat taman tu wangi sangat dengan karpet hijau bukan karpet merah.. Keesokan malamnya ika mimpi lagi, ika pergi tawaf kt kaabah then ika pegang kaabah tu, dalam hati ika ada satu rahsia yang nak sangat ika taw, sayu sangat hati time tu.. Ika menangis sujud dekat hjlr Ismail. Setiap mimpi tu dtg ika mesti terbangun dari tidur dan sejah ika mesti jatuh dari tempat penyidai. Ika pun cerita pada mak dan ayah pasal mimpi tu. Mak ayah ika kata berdoa, satu hari nanti pasti ada rezeki, ada hikmah mimpi macam tu.. Allah Maha Petunjuk. Masa tu rasa diri nie mcm tak bermakna langsung taw. Tak taw knp ..??  Tuptup ayh ika kata pd ika 19 Mei 2013 nie kita pergi umrah.
Wowwww !! suprise laaa , macam tak percaya . Alhamdulillah ...

Masa tu nak solat pun dah tak lengah2kn lagi, masuk jek waktu terus solat.. Rasa semangat sangat. Mula daripada hati tu ika buka buku umrah, Ika baca walaupun tak faham. Ika tak taw nk tanya siapa, ayah ika pun busy dengan kerja, ika baca dan terus baca tapi tetap tak faham, ika menangis taw, knp jahil sangat tntg nie. Kosong otak nie pasal umrah, kalau tentang bab niat ika taw lah.

Then ika pergi masjid dekat sebelah danga city mall tu lah setiap hari ahad.. haha jauh tak pergi menuntut dari pontian ulang alik pasal nk taw tntg umrah. Tapi ika masih tak taw, ika pun rasa kosong lagi, sbb ustaz ajar perkara basic jek.. Then cerita pasal rukun umrah, tapi hati ika tak puas taw, ika nk taw lebih mendalam lagi. Ika buka kt youtube , tapi rasa malas pula nk tengok.. hehe masa nk pergi umrah dah dekat, last2 ika berserah jek.

Tiba 19 Mei 2013, ika rasa takut sangat nak pergi tapi depan mak ayah buat2 tak ada pape lah, perasaan tu cuma nak taw apa yang ada dalam kaabah.. ?? Ika fikir macam tu jek , selebihnya ika redha dan ika pergi dengan ayah dan adik perempuan. Alhamdulillah masa dalam perjalanan nak pergi daripada darat hingga ke udara tiada halagan langsung.. Cuma yang jadi susah masa nak solat dalam kapal terbang.. Tempat duduk rapat tu yang susah.. Hahh masa nie mrungut taw solat lagi dan adik ika kat sebelah muntah2 (mabuk udara ea) hehe .. 



NANTIKAN SAMBUNGANnye yee .. hehe ^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved thebeautyofhawa.blogspot.com