Orang seringkali menganggap apabila seseorang itu cuba meluahkan perasaan dianggap mengumpatla , mengaibkan orang la , tetapi kenyataannya dia sekadar mahu meringgankan beban diri yang dipikul atas masalah-masalah yang dialamai.
okay sebenar orang yang ingin meluahkan perasaan jika menghadapi masalah ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan dan meringgankan stress pada diri . TETAPI jaga-jaga jangan terlebih menceritakan masalah yang dialami kerana dikhuatiri akan timbul salah faham yang besar iaitu FITNAH ..
Jadi sesiapa yang menghadapi masalah nie carilah individu yang terbaik untuk kita meluahkan perasaan supaya apa yang diceritakan kita tidak menjadi fitnah antara kita dan individu tersebut
dan ikatan ukhuwah yang terjalin tidak akan terkubur kerana hasutan syaitan yang cuba memecah belahkan anak cucu Nabi Adam. (rujuk surah as-saff : 4)
Tetapi lebih utama luahkan pada ALLAH SWT .. Allah sentiasa menanti rintihan kita padaNYA .. jangan abaikan Allah ye sahabat-sahabar sekalian .. ^__^ (peringatan untuk diri sendiri juga)
Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya juga dianggap seperti memakan daging saudaranya sendiri.
Firman Allah SWT, "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" ( Al-Hujurat (49):12)

.jpg)

No comments:
Post a Comment