PESANANKU UNTUKMU!
"~Jαngαn mαlu untuk menulis tentαng Islαm wαlαupun sepotong αyαt.~
the journey of muslimah: March 2013

islamic widget


Sunday, 31 March 2013

Meluahkan perasaan atau mengAIBkan org ??

Orang seringkali menganggap apabila seseorang itu cuba meluahkan perasaan dianggap mengumpatla , mengaibkan orang la , tetapi kenyataannya dia sekadar mahu meringgankan beban diri yang dipikul atas masalah-masalah yang dialamai.



okay sebenar orang yang ingin meluahkan perasaan jika menghadapi masalah ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan dan meringgankan stress pada diri . TETAPI jaga-jaga jangan terlebih menceritakan masalah yang dialami kerana dikhuatiri akan timbul salah faham yang besar iaitu FITNAH .. 



Jadi sesiapa yang menghadapi masalah nie carilah individu yang terbaik untuk kita meluahkan perasaan supaya apa yang diceritakan kita tidak menjadi fitnah antara kita dan individu tersebut

dan ikatan ukhuwah yang terjalin tidak akan terkubur kerana hasutan syaitan yang cuba memecah belahkan anak cucu Nabi Adam. (rujuk surah as-saff : 4)



Tetapi lebih utama luahkan pada ALLAH SWT .. Allah sentiasa menanti rintihan kita padaNYA .. jangan abaikan Allah ye sahabat-sahabar sekalian .. ^__^ (peringatan untuk diri sendiri juga)




Mengumpat adalah perbuatan dikeji syarak dan pelakunya juga dianggap seperti memakan daging saudaranya sendiri.




Firman Allah SWT, "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang"
 
( Al-Hujurat (49):12)






DALAM DIAM ^__^


Assalamualaikum ..

Allahuakbar .. Ya adam ana tertarik cara enta berkongsi Ilmu ALLAH dgn ana dan pada yang lain .. Enta seorang yang suka bertukar pendapat dan perkongsian .. Walaupun terkadang ana tidak berani untuk memulakan perbicaraan dengan Adam tersebut (berprasanga buruk) Allahuakbar moga dijauhkan ..


DALAM DIAM..

Dalam diam, ana LIHAT facebook dakwah DIA..

Diam-diam, ana TERTARIK dengan penulisannya..

Diam-diam, ana SUKA gaya bahasanya..

Diam-diam, ana MINAT dengan cara penyampaiannya..

Diam-diam, ana COPY status di wallnya..

Diam-diam, ana IKUTI perkembangannya..

Apa pun ana buat, dalam DIAM saja..

Ana diam dan terus berdiam kerana diam menjadi PILIHAN, 
untuk KEBAIKAN diri ana sendiri .... (^_^)

Mencintai dan dicintaiNYA .. !!

Assalamualaikum ..

New entri ana pada hari ini tentang perasaan .. Perasaan yang telah lama dipendam sehingga hari ini .. Ya Allah amat payah bagi ana untuk memendam rasa hati . Allahuakbar . тεяαṧα ℓ℮ღα♄

Ingin mencari cinta manusia terlalu senang , ingin mencari cinta ILAHI juga memang senang TETAPI inginkan cinta Ilahi terus bertaut dalam diri perlukan pengorbanan, keikhlasan dalam menggapai KEREDHAANNYA .. Hati kita perlu kuat, teguh untuk meraihnya . Biar apa sekalipun yang datang menghalang diri kita untuk milikinya kita mesti yakin akan niat untuk MENCARI KEREDHAANNYA .. Allahukbar .. biarpun jatuh kita terus bangun dari jatuh untuk meneruskan niat kebaikan .

Sekian lama  ana mencari cinta hakiki Milik Ilahi Alhamdulillah Allah Maha Pemurah Allah temukan ana dengan sahabat-sahabat yang mempunyai niat yang sama ingin menggapai KeredhaanNYA . Lagi bersemangat rasa hati !! Pada permulaan ingin memiliki kekuatan untuk merasakan diri dicintai amat susah .. Apabila melakukan perubahan pada diri kearah kebaikan hati akan terasa kosong dan sunyi yang teramat sangat . TAPI yakinlah waktu hati kita sunyi dan kosong Allah sedang membersihkan hati kita untuk diisikan dengan kasih sayang kepadaNYA .. Ya Rabb .. ^__^ kita hanya perlu SABAR ..
Sabar itu walaupun pahit tapi itu hanya permulaannya,ia akan tetap berakhir dengan kemanisan ..

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, redha terhadap segala ketentuan-Mu .. Amin .. amin .. amin .. ^__^



Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza ..


Telah sekian lama menyepikan diri, pada waktu sama MUHASABAH DIRI & ISTIQAMAH .. Alhamdulillah dengan izin Allah Miliki jua ..

wahai sahabat sekalian Mari memujuk HATI agar meraih kasih sayang ALLAH SWT ..

Anugerah Terindah dari Allah .. ^__^


Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan dia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia
Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan dia harus tegar
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku-liku hidupnya.
Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..


Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA..
Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin senantiasa dekat denganmu.

Saturday, 30 March 2013

puisi buat muslimah sayang..tanda CINTA ^__^


Muslimahku sayang, hijrah tidak sesekali merugikan, malah muncul sinar-sinar bahagia ibarat mentari, menerangi seluruh hati dan jiwa, maka bakal terbit akhlak mulia,  pantulan dari hati yang sejahtera yang sentiasa mencari redha yang Esa, HIJRAHLAH kerana ALLAH, ia CANTIK=)

Moga-moga ALLAH memberkati diriku dan dirimu.


Ku berjalan,
ku lihat ramainya wanita-wanita yang cantik jelita,
Ramainya wanita yang berhias fizikal,
Ramainya yang bertudung,
Ramainya yang memakai pakaian yang indah.


TAPI!!!!
Alangkah indahnya jika yang cantik jelita itu...........


Tundukkan pandangan mereka,
Berhias yang" teristimewa" hanya untuk si suami,
Bertudung ikut syariat,
Memakai pakaian indah yang menutup aurat .



Ku renung sedalam-dalamnya,
ALLAH....
Takut sungguh pada 'azab ALLAH,
Lupakan mereka itu pada peringatan Rasulullah semasa peristiwa isra' mi'raj:

"Golongan yang paling ramai dalam neraka ialah wanita"



ALLAH....takutnya diriku..



Wahai muslimah,
dirimu terlalu indah,
ALLAH ciptakan bersamamu sesuatu nilaian yg sgt hebat,
Dikau bisa buat islam itu gemilang,
Juga kau bisa buat seorang lelaki itu berjiwa gersang hingga lupa Tuhan.

Jadi duhai muslimah sayang,
Mainkan perananmu yang indah itu dengan baik,
Kerana seperti kau tahu diri wanita fitnah terbesar.
Jadilah yang terpelihara,
Jadilah yang solehah,
Semampumu kerana Allah...

ḯ﹩łαღ їтü мüḓαℌ

6 Perkara Allah SWT telah sembunyikan ..


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga bermanfaat untuk dikongsikan, sama-samalah kita menyebarkan dakwah islam walaupun sepatah kata-kata .. ALLAHUAKBAR ..

                              ḯ﹩łαღ їтü мüḓαℌ

BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA!


♥ Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.
Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA.
Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama! [BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!]♥

Terima kasih kakak sentiasa menegur walaupun berjauhan .. ana uhibbuki fillah ya Ukhti ..

Peringatan buat diriku yang mudah lupa


Peringatan buat diriku yang mudah lupa

" Ya Allah, jagalah insan ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya, sayangilah dia dikala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata.. Perhatikan dia dikala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja.. kerana Engkau punya segala yang ku tak punya.. kerana aku ingin dia selalu menjadi pendampingku, di dunia dan harapnya bertemu di Syurga.. amin.. " ♥


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved thebeautyofhawa.blogspot.com