ASSALAMUALAIKUM W.B.T
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Dah lama ana tak update blog .. Gara-gara kesilapan teknikal .. hehee ツ ..

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Dah lama ana tak update blog .. Gara-gara kesilapan teknikal .. hehee ツ ..
Jom kita mengambil masa untuk berlapang dada seketika ..
Berlapang dada adalah selami diri sendiri , lihat dan amati setiap perkara yang berlaku kepada diri dan kehidupan seharian kita .. Adakah kita berada dalam REDHA ALLAH ?? Tepuk dada tanya iman ye .. kita jangan menyangka kita waras kita sudah mampu untuk berfikir dengan sematang-matangnya ?
Sama ada kita menasihat, menegur mahupun ditegur terimalah teguran tersebut dari segi positif dan pada kebaikan .. Andai baru sahaja ditegur sudah melatah dengan pelbagai cacian ataupun makian adakah hati kita berada dalam keadaan baik .. ? Ditegur dengan ke arah kebaikan bukan membenci tetapi disayangi wahai sahabat ..
Duhai empunya diri , sahabat , sungguh rugi jika kita pandang negatif terhadap nasihat orang sekeliling demi kebaikan diri dan hati kita walaupun hanya dengan perlakuan dan percakapan ..
" Demi masa , sungguh manusia berada dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran "
(Al-'Asr : 1-3)
Terimalah nasihat atau teguran itu walaupun dari mana datangnya ..
kita menegur ataupun ditegur bukan untuk membuka aib kita tetapi menasihati adalah tanggungjawab kita sesama saudara Islam .. Tetapi kita seringkali buruk sangka dan seringkali mencari ketidaksempurnaan orang yang menegur kita terlebih dahulu .. kan ?? itulah sifat yang tidak dapat dibuang dari diri kita tapi bilakah waktu untuk kita berlapang dada ??
Sekiranya kita mempunyai akhlak yang baik dan hati kita terdidik dengan baik dan emosi kita juga dikawal dengan IMAN dan bukannya NAFSU kita tidak akan cepat melatah pada apa teguran sekalipun ..
Memang kita semua manusia yang sempurna tetapi sampai bila kita nak tunggu manusia yang sempurna AKHLAKnya wujud depan mata untuk menegur kesilapan kita baru kita nak berubah ... ?? kalau macam itulah sampai ke liang lahad pun jangan mimpi kita akan berubah .. duhai hati ..
Jadi sebelum Allah menarik semula nikmat yang telah diberikan pada kita , lebih baik kita mohon keampunan kepada Allah ..
Yakinlah , rahmat Allah terlalu besar untuk orang yang beriman kepadaNYA .. Rahmat Allah terlalu dekat kepada orang yang berbuat baik ..
"..ya ALLAH .. please forgive me for the wrong i've done .. give me another chance to prove that i can pass .. please guide me and protect me along the straight path and i know that i can make it one day i'll be in heaven with you .."
INSYALLAH .. amin .. ☺☺☺

